Cara Membuat Batik Cop
Langkah pertama ialah menyidai kain pada bingkai dan lukis corak mengikut permintaan pelanggan.Seterusnya melakar kain tersebut dengan menggunakan lilin agar senang untuk mewarna. Proses mewarna dilakukan mengikut citarasa pelanggan.
Langkah seterusnya ialah mematikan warna yang telah diwarna menggunakan pewarna khas untuk kain/batik. Selepas proses tersebut selesai, batik akan dijemur kering. Akhir sekali batik siap untuk dipasarkan.